Persediaan perkahwinan



Perkara Penting Untuk Bakal Pengantin

Bersiap sedia untuk menjalani hari paling bersejarah dalam hidup kita sememangnya sesuatu yang mendebarkan. Bagi mereka yang tidak pasti bagaimana untuk memulakan persiapan perkahwinan bagi majlis anda, di sini kami ada sediakan senarai checklist persediaan perkahwinan yang sesuai dibuat kira-kira 6 bulan terakhir sebelum tarikh majlis. Anda ingin ketahui lebih lanjut? Teruskan membaca!

  • Pilih Tarikh dan Tempat Nikah

Antara perkara paling utama untuk dilakukan terlebih dahulu semasa persediaan perkahwinan adalah menentukan tarikh dan tempat nikah. Yelah, tanpa kedua-dua perkara ini, memang tidak akan terjadi langsung majlis perkahwinan anda. Ada yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di rumah sendiri dan ada juga di masjid.

Selalunya ramai yang memilih tarikh hujung tahun semasa cuti sekolah. Ada juga yang gemar memilih tarikh semasa cuti umum dan ada juga yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan mereka semasa hari lahir mereka. Terpulang, yang penting adalah persetujuan di antara kedua-dua belah pihak.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *