Pembuka Kata

RS Event KL telah menimba pengalaman lebih daripada 17 tahun dalam industri dekorasi perkahwinan dan pelbagai majlis di Malaysia. Syarikat ini dimiliki bersama oleh Rozalinda Osman dan Mohd Sidek Osman. Nama RS Event KL ini diambil sempena pangkal nama Rozalinda (R) dan Sidek (S). Event menggambarkan kepelbagaian kerja dekorasi majlis yang dilakukan. Manakala KL adalah singkatan kepada bandar Kuala Lumpur iaitu lokasi pejabat kami.

RS Event KL dahulunya dikenali sebagai Roza Decor. Asalnya menjalankan operasi jahitan produk hiasan dalaman seperti langsir, alas meja, cadar dan lain-lain. Juga melakukan kerja-kerja dekorasi majlis perkahwinan kepada perancang perkahwinan ternama Malaysia antaranya Abu Faizul (Gedung Pak Abu), Razak Ahmad (Flora etc), Radzuan Radzi (Radzuan Radziwill), Akin Bari (Serambi Kaseh), Sabri Majid (Reka-reka), Zulkifli Ahmad (Ereka Creation), Faizul (Glam by Rizalman) serta Syon dan Iqmal (Roll Em Production) .

Selaras dengan kehendak dan cabaran semasa penukaran nama Roza Decor kepada RS Event KL ini dilakukan demi lebih fokus kepada kerja-kerja dalam industri dekorasi perkahwinan dan pelbagai majlis keraiaan yang lain seperti sambutan hari ulangtahun, perasamian produk dan majlis berendoi.

Berikut adalah lakaran potret kami sebagai pengenalan diri. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta... dari mata turun ke hati. Salam perkenalan semua...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *