7 Tips Pelamin Idaman

7 TIPS MEMILIH PELAMIN IDAMAN

Pelamin antara dekorasi penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tidak kira sama ada untuk  tujuan bersanding atau hanya sekadar latar belakang hiasan acara bergambar dengan keluarga dan teman-teman tersayang. Justeru pemilihan pelamin yang tepat adalah penting bagi merakamkan kenangan indah sbg ingatan sepanjang hayat. Berikut adalah 7 tips memilih pelamin idaman yang perlu diambil kira sebelum anda membuat keputusan melaksanakannya:

1.    PEMILIHAN TEMA

Tetapkan dahulu tema apakah yang menjadi impian dekorasi perkahwinan anda. Tema ini biasanya digabungjalinkan dengan rekaan busana pengantin. Keserasian antara pelamin dan busana pengantin akan menyerlahkan suasana perkahwinan yang gemilang. Antara tema yang sering menjadi pilihan adalah seperti tema tradisional melayu, English garden, Arabian, Bollywood, shabby chic, green forest.

  1.      PENENTUAN WARNA

Ketepatan pilihan warna pelamin akan memberi kesan ekslusif ke atas keseluruhan dekorasi perkahwinan anda. Warna bukan sekadar memberi keceriaan ke atas tema pilihan, malah ianya adalah mewakili gambaran jiwa pengantin yang diraikan. Biasanya warna-warna pastel seperti pink dan lilac menjadi pilihan yang sukakan kelembut. Warna terang seperti orange dan merah untuk yang berani dan warna alam seperti biru dan hijau untuk yang cintakan kedamaian. Jangan sedondonkan warna pelamin dengan busana anda kerana ianya akan membuatkan anda tenggelam. Pilihlah sedikit warna kontras namun masih dalam kelompok warna senada.

  1.      JENIS BUNGA

Antara bunga segar atau bunga tiruan yang mana satu menjadi kesukaan anda.  Bunga-bunga segar bukan sahaja cantik dipandang tetapi aroma semulajadinya cukup menawan. Manakala pilihan bunga-bunga tiruan yang berkualiti juga akan menyerlahkan keindahan  pada rekaan pelamin anda.

  1. KELUASAN RUANG

Lihat dan ukur dulu keluasan ruang rumah, canopy atau stage dewan untuk pelamin anda. Keseimbangan antara rekaan pelamin dengan ruang amat penting agar pelamin tidak nampak sarat dan melampaui batas saiznya. Suaipadankan structure, drape, prop dan bunga agar kesemua element ini bersatu dan mempunyai gaya tersendiri. Ingat… pelamin juga perlu ruang utuk bernafas.

  1.      FAKTOR PENCAHAYAAN

Jika anda orang yang mementingkan kesempurnaan, faktor pencahayaan juga perlu diambil kira. Cahaya yang betul akan mencipta atmosfer yang senada dengan tema pelamin anda. Cahaya akan membangkitkan pancaran romantic, dramatic mahupun futuristic

  1.      JURUHIAS PERKAHWINAN (WEDDING DECORATOR)

Mencipta pelamin yang unik dan terkini memerlukan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Tidak semua orang mampu merialisasikan mimpi anda menjadi karya agong sepanjang hayat. Justeru berkolaborasilah dengan juruhias yang berpengalaman dan mempunyai portfolio yang baik agar anda lebih tenang untuk ke melangkah gerbang perkahwinan.

  1. SESUAIKAN BUDGET

 

Apapun pilihan pelamin ianya bergantung pada budget anda. Buat kira-kira dan check list agar anda dapat merasai nikmat pelamin cantik yang anda impikan dengan harga mampu milik. Berbincanglah dengan juruhias perkahwinan serta keluarga anda supaya semuanya berjalan lancar lg diberkati olehNya

7 tips pemilihan pelamin idaman ini berdasarkan pengalaman kami selama lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan di Malaysia. Berikut adalah contoh pelamin yang kami buat hasil perbincnagan tema, warna dan budget dengan pengantin dan keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *